Tuesday, July 24, 2012

Scabies (Kudis buta)


Salam, we would like to share some infos about scabies today. (Malay version)


TANDA:
1.       Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. Tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
2.       Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
3.       Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)
4.       Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit.
5.       Kehadiran gelembung kecil berair pada kulit.

RAWATAN:
1.       Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
2. Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
4. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama , tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan. Kebiasaannya hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian turut membawa risiko besar untuk dijangkiti.


 Salam Ramadhan from us - Aura Khalifah Team.


No comments:

Feedback

Name
Email address
Your questions / feedback

Click here to put a form like this on your site.